Jejak Lokasi #8 Dari McDonald River Front City Ke Bazar Serambi Teruntum
Jejak Lokasi kali ini bermula dari Mc Donald Riber Front City ke Bazar Serambi Teruntum.
Bazar Serambi Teruntum dibangunkan untuk menarik orang ramai, khususnya pelancong luar Pahang dan luar negara membeli belah, Serambi Teruntum yang terletak di lokasi yang strategik iaitu kawasan Tanjung Lumpur berhampiran dengan Pusat Bandar dan pusat makanan laut Tanjung Lumpur (Seafood Paradise). Seperti yang sedia maklum Tanjung Lumpur juga mempunyai daya tarikannya yang tersendiri yang terkenal dengan ikan bakar, sata, otak-otak dan keropok lekor.
Antara usaha yang dilakukan untuk menjadikan Serambi teruntum ini sebagai lokasi persinggahan membeli belah adalah dengan membawa `Lemang To’ki’ yang popular di Bentong ke Serambi Teruntum sebagai tarikan.
Jika ada sahabat sahabat yang ingin membeli goodies barang Pahang untuk dibawa pulang boleh la datang ke Serambi Teruntum kerana di sini banyak kedai2 yang menjual goodies.
Antara barang barang yang boleh diperolehi kat Serambi Teruntum ni adalah produk-produk tempatan seperti Sambal Hitam, Puding Raja, Madu, produk Hasil Laut, Bahulu, Dodol, Gula Kabung, Rempah Ratus, Kraftangan, Ukiran Kayu, Lukisan, Cenderamata, Tenun Pahang, Batik, Songket, Tekstil, Aksesori Wanita dan banyak lagi.
Selain itu kedai delivery suprise pun ada di buka di sini.
Jangan lupa SUBSCRIBE | SHARE | LIKE DAN KOMEN bagi menyokong channel ini. Aktifkan loceng agar setiap video yang baru diupload dapat dinotifikasikan kepada anda. Saya amat menghargainya dan mengambil teguran serta nasihat semua pihak demi memajukan channel ini. Perlu juga anda tahu subscribe itu adalah PERCUMA atau GRATIS.
Terima kasih kepada yang sudi menonton video dan support Mailmuda channel.
Ulasan
Catat Ulasan